Tutorial membina android mobile application

Sebenarnya tak la sesusah mana untuk belajar membina Android mobile application. Semuanya dah tersedia dalam Google dan banyak jugak forum yang membincangkan topik ni. Di Malaysia pulak, dah makin ramai programmer dan developer yang expert dalam mobile application. Kalau ikutkan banyak juga cara mudah yang lain tanpa menggunakan coding(google sendiri ye)… tapi tak challenge la kan?

Ini website yang saya rujuk masa mula-mula belajar membina aplikasi mobile (rasanya semua orang pun rujuk web ni.. hehe)

http://developer.android.com/training/basics/firstapp/index.html

Nah… ini langkah mudah yang boleh saya terangkan (senang dalam BM sebab dah terkena kat diri sendiri dok jenuh baca tak paham-paham… sekarang saya bagi mudah kat anda ye…)

PERTAMA: Anda perlu setup Development Environment (kat sini saya menggunakan Eclipse) — pilih salah satu je dari yang bawah ni.

  1. Bagi yang takde Eclipse download Android SDK yang ni –> adt-bundle
  2. Bagi yang dah ada Eclipse IDE dan nak masukkan ADT plugin boleh Download dan Install ADT plugin..senang download je yang ni –> ADT Plugin dan ikut instruction ini –> install ADT

Saya akan pilih yang no.1 di atas. Android SDK tu dah siap ada Eclipse plugin skali.

KEDUA:

  1. Unzip Android SDK yang sudah di download tadi dan Install Package dengan klik pada SDK Manager.exe

Platform untuk development

Pening jugak nak fikirkan platform ape yang aku nak gunakan sama ada android atau pun iOS. Jika dikira mengenai tahap ilmu yang aku ada mungkin lebih kepada iOS tapi jika dibanding dengan tahap source yang ada mungkin lebih kepada android.

So, untuk memudahkan kerja dan untuk aku dapat ilmu baru aku memilih menggunakan android platform.

First thing yang aku perlu tahu, android menggunakan language JAVA dan aku hanya ada pengalaman menulis JAVA secara basic sahaja. Tapi better than zero. hehe.. ok untuk aku tak membuang masa, terus aku contact kawan-kawan yang mmg hebat JAVA.. adik Amirul Azizi yang paling senang sebab dia ada pengalaman dalam android development. Entry lain aku akan bagi tau link-link yang best sebagai tutorial.

Untuk ni jugak aku bodek husband untuk laptop baru. yeahh

Literature Review

Hampir setiap hari aku godek internet untuk dapatkan maklumat mengenai teknologi QR Code ni.. di Malaysia penggunaan QR code masih belum meluas lagi kalau nak dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Tapi sedikit perkembangan positif dapat kita lihat bila Blackberry mula promote penggunaan QR code untuk menyimpan maklumat diri di kaca televisyen.(ala iklan yang nak usha girl dalam komuter tu then girl tu tunjuk QR code, boy tu just scane guna blackberry)

Selain itu, kita juga boleh lihat dalam ticket AirAsia, Cinema pun dah gunakan teknologi QR code ni. Selain tu dalam iklan di surat khabar, kat produk makanan dan juga iklan-iklan kat wall tepi jalan pun ada.

Tapi, bila aku google sebenarnya banyak lagi manfaat dan idea-idea yang menarik yang boleh dicipta dengan menggunakan QR code ni. Salah satunya adalah project yang sedang aku jalankan ni.

Aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam ni mestilah mengenai security. Yang ni aku cuba bincangkan dalam entry yang lain.

Untuk semester satu yang dah berlalu, banyak jugak Literature yang aku dapat dan aku dah compilekan dalam excel sheet. Kalau ade sape-sape yang berminat boleh email kat aku.

nissa_student@yahoo.com

Research Proposal on QR Code

An analysis or survey of QR code security risk and credibility.

Sedikit review bahagian scope.

Scope:

The scope of study will engage with the observation of possible vulnerabilities present while scanning malicious QR codes. This will be done by selecting 5 types of QR code generator tools to generate multiple QR code with some information. The testing will either using existing tools like Fidler2 web debugging that will logs all the web traffic from mobile to monitor the data sent by the application itself or I will develop one application to decode and retrieve the data sent by the application. This development will be done under Android platform which specifically by using Samsung SmartPhone. Another approach that can be done is by introducing some practical tips or solutions in providing secure QR codes. On the other part, by having good QR code reader that will filter out the information to be shared is one of the strategies in securing QR codes. There are many ways that can be listed out after completing this study that will help people out there to have secure QR code. We can also conduct an interview with company or professionals in QR code generation for any issues there are facing now in developing more stable and secured QR codes.

Copyright ok!!

Semester Satu

Aku sebenarnya tukar tajuk baru tapi masih gunakan student ID yang lama.. kalau ikutkan memangla kena register sebagai student baru tapi aku tak nak atas dasar sebab tertentu. 🙂

Jadi proses merayu semua aku lakukan bulan Julai 2012 yang lepas selepas draft thesis yang aku hantar sebelum tu tak diterima mungkin sebab teknologi yang digunakan juga hampir obsolete.

Aku terima kerana mungkin susah juga untuk aku defend time viva nanti. So, lepas discuss aku setuju tukar tajuk baru dan aku terus planning untuk berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian kepada master aku. Suami pun setuju aku terus mula hantar surat berhenti dan mulakan penulisan proposal dan literature review.

alhamdulillah di atas peluang yang ada.

Perjuangan yang belum selesai

Kalau dikira-kira genap dah 4 tahun aku buat Master in Engineering. Patutnya dah siap lar kan.. kawan2 seangkatan dengan aku pun dah ada yang nak siap PHD.. tapi setiap orang perjalanan hidup pasti berbeza… pengalaman lepas mengajar supaya aku lebih menghargai masa dan amanah dalam setiap pekerjaan yang aku buat..

So, tahun 2013 aku dengan azam baru bertekad untuk siapkan master aku yang dah tertunda ni… peluang yang diberi tka patut aku lepaskan camtu je…

Terima kasih tak terhingga buat suami yang menyokong dan tentunya Supervisor yang tak henti membantu Dr,Syamsiah Mashohor.. tu yang new tajuk pun aku masih nak buat ngan Dr. sbb masalah datang dari aku bukan sebab lain..

 

dengan lafaz Bismillah aku mulakan Master aku dengan tajuk Malaysian Halal Recognition by using QR Code